Indonesia larang rakyat China masuk negaranya

JAKARTA– Kerajaan Indonesia melarang rakyat China masuk atau transit ke negara itu mulia Rabu ini susulan penularan wabak koranivirus.

Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi (tengah dalam gambar) seperti dilaporkan Kompas berkata, Indonesia menghentikan sementara fasilitas visa on visa dan “visa on arrival” untuk pelancong dari China

“Penerbangan langsung dari dan ke tanah besar China ditunda sementara mulai Rabu pukul 12.00 tengah malam (waktu tempatan),”katanya.

Sementara itu, kerajaan Indonesia turut menasihati rakyatnya supaya menangguh sementara kunjungan ke China

Dalam pada itu, jumlah korban akibat koranivirus di China meningkat kepada 304 orang dengan 45 kematian terbaru berlaku di wilayah Hubei.

Suruhanjaya kesihatan wilayah dilaporkan merekodkan peningkatan kes positif wabak secara mendadak iaitu

Berdasarkan statistik dikeluarkan kerajaan China seperti dilaporkan, sebanyak 1,921 kes jangkitan baharu wabak berkenaan turut direkodkan berlaku di negara itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 13,700 kes.

Rentas7.com/ Foto Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.