PBT diharapkan mudahkan berniaga di Kawasan Bebas Berniaga

Mustaffa Idrus

ALOR SETAR-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharapkan memudahkan urusan peniaga yang ingin menjalankan aktiviti perniagaan di Kawasan Bebas Berniaga (KBB).

Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, pihaknya berharap peniaga tidak dibebankan dengan syarat-syarat yang ketat sekalipun kerajaan negeri meluluskan KBB di beberapa daerah.

“Kerajaan Negeri Kedah telah mewujudkan Kawasan Bebas Berniaga bagi meringankan beban peniaga mengharungi kesukaran dalam tempoh COVID-19.

“Justeru itu, saya harap kebenaran diberikan kerajaan negeri tidak disukarkan PBT dengan syarat-syarat yang ketat,”katanya hari ini.

Beliau berkata, peniaga yang menghadapi kesukaran berunding dengan PBT boleh membuat aduan kepada PAMM.

“Kita sebagai NGO sentiasa mendengar masalah peniaga dan bekerjasama dengan kerajaan negeri,”katanya.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada 11 November lalu mengumumkan Kawasan Bebas Berniaga di lima daerah iaitu Alor Setar, Langkawi, Kulim, Kubang Pasu dan Sungai Petani

Langkah itu kata Sanusi bagi meringankan bebanan peniaga yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Menteri Besar itu, peniaga boleh memilih tapak berniaga selepas merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada PBT.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.