Kenali lima calon Warisan Negeri Kedah

ALOR SETAR– Parti Warisan Negeri Kedah mengesahkan akan bertanding di lima kerusi Parlimen Negeri Kedah.

Parti Warisan mensasarkan untuk menawan kesemua kerusi berkenaan dalam usaha mereka mengukuhkan kedudukan dalam membentuk kerajaan Pusat.

Ketua Biro perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ia kali pertama dalam sejarah apabila Warisan bertanding di Semenanjung termasuk Kedah.

“Kita belum pernah bertanding di Semenanjung, cuma Pilihanr Raya Negeri (PRN) di Johor saja kita pernah masuk bertanding

“Warisan amat yakin menang lima tempat Parlimen Kedah kerana semua calon anak tempatan dan berwibawa juga berintergriti,”katanya.

Berikut adalah lima calon Warisan Negeri Kedah:

1-Calon P08 Pokok Sena

Noraini Binti Md Salleh

2-Calon P09 Alor Setar

Fadzil Bin Hanafi

3-Calon P10 Kuala Kedah

Syed Araniri Syed Ahmad

4-Calon P14 Merbok

Khairul Anuar Bin Ahmad

5-Calon P17 Padang Serai

Mohd Bakhri Bin Hashim
rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.