Jangan ambil mudah SOP, hargai barisan barisan hadapan

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) menuntut rakyat Kedah di luar zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar tidak berasa selesa.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pihaknya mendapati masyarakat di zon hijau masih mengambil sikap sambil lewa.

“Walaupun kawasan anda bukan dalam zon PKPD, janganlah ambil mudah. PAMM dapati masyarakat di kawasan tertentu tidak ambil berat khususnya dalam soal Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Ada yang masih berjabat tangan, tidak memakai pelitup muka di kawasan awam dan keluar tanpa urusan mustahak,”katanya hari ini.

Beliau berkata, jika rakyat masih ambil mudah, tiada siapa lagi boleh membantu mereka selepas ini.

“Jangan sampai barisan hadapan kita lumpuh, baru kita mahu menyesal!

“Pada waktu itu sudah tiada gunanya kerana kesilapan awal berpunca daripada kelalaian kita sendiri,”katanya.

Beliau berkata, PAMM memuji langkah pantas kerajaan Persekutuan melaksanakan PKPD di Kota Setar bagi mengawal pandemik COVID-19.

“Tahniah! PAMM juga ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang mencadangkan usul dilaksanakan PKPD ini.

“Tindakan pantas ini akan mengekang penularan wabak, sama sama kita doa supaya COVID-19 dihilangkan ALLAH dari atas muka bumi ini,”, katanya

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.