Sokong anak muda, Dr Zulkifli layan kedai rambut hipster

Dr. Zulkifli mengunting rambut di kedai hipster

KUALA LUMPUR-Boleh gunting rambut di mana sahaja. Kedai biasa atau hipster.

Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kali ini memilih kedai gunting hipster sebagai kelainan dan mengikiraf keupayaan anak muda dalam perniagaan gunting rambut.

“Terima kasih Joe’s Barbeshop Nilai atas perkhidmatan menggunting rambut yang amat baik. Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dr. Zulkifli berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi.

Menurutnya, bagi membantu anak muda dan golongan B-40, mereka sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan.

“Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

” l Yayasan Waqaf Malaysia dan TV Alhijrah telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu anak muda asnaf dan B40 dalam memulakan dan meneruskan perniagaan pasca COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh merujuk maklumat berkaitan dalam Kad Laporan bulanan di jabatannya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.