Alor Setar “zero” kes, Kuala Muda pula tertinggi

ALOR SETAR– Tiada kes dicatatkan bagi daerah Kota Setar hari ini.

Bagaimanapun, daerah Kuala Muda mencatatkan 13 kes baru dan satu kes bagi Kubang Pasu.

Peningkatan itu berlaku dalam kawasan Sungai Petani dan Jerlun.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada 900 jemaah yang menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini.

Mereka terdiri daripada jemaah Masjid Suka Menanti, Masjid Sultanah Bahiyah dan Masjid Alor Merah.

Semalam, Unit Pendidikan Kesihatan (PKD) Kota Setar meminta jemaah yang menghadiri solat Jumaat di tiga masjid itu pada 28 Ogos dan 4 September lalu melakukan ujian saringan COVID-19.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.