Baling satu kes positif COVID-19

ALOR SETAR– Kedah mencatatkan satu kes positif COVID-19 hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, kes baru itu dikesan dalam daerah Baling.

Difahamkan, lelaki berkenaan pernah mengunjungi Sabah sebelum ini.

Berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah, kerajaan telah mewajibkan semua individu yang pulang dari negeri itu menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 27 September hingga 10 Oktober depan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.