Lebuhraya Pan Borneo akan dipercepatkan- Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR– Kerajaan negeri Sabah yang baharu akan mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo selepas “ketinggalan” berbanding Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (gambar) berkata, pelaksanaan projek lebuh raya berkenaan di Sabah hanyalah 20 peratus berbanding Sarawak yang telah 50 peratus siap.

“Kita sudah tertinggal berbanding Sarawak yang sudah melaksanakan projek Pan Borneo sekitar 50 peratus, sedangkan Sabah baru 18 hingga 20 peratus.

“Nampak tidak masuk akal sedangkan kita bersama-sama bergerak tapi kita ketinggalan, kenapa Sawarak boleh, Sabah tidak boleh,”katanya yang dipetik dari Utusan Borneo hari ini.

Beliau berkata, melalui pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, rakyat Sabah akan menikmati kemudahan jalan raya seperti negeri-negeri lain.

Rentas7.com/ Foto: Utusan Borneo

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.