KUALA LUMPUR– PAS berharap Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memikul amanah sebagai Ketua Menteri Sabah dengan penuh tanggungjawab setelah diberikan kepercayaan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata, Hajiji hendaklah memikul tanggungjawab dalam merealisasikan Aku Janji GRS seterusnya memberikan fokus kepada kesejahteraan negeri di bawah bayu itu.
“Kebersamaan semua wakil rakyat Sabah dibawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji amat penting dalam mentadbir negeri yang kaya dengan adat dan budaya.
PAS percaya, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dapat dijalinkan demi memastikan agenda pembinaan negara berjaya digerakkan bersama,”katanya.
Sementara itu, Kamaruzaman berkata, PAS mengucapkan tahniah di atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
“Pengalaman menjadi wakil rakyat sejak 1990 dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada 2018 menjadikan Kamaruzaman dikenali di Sabah.
“Beliau yang merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah telah mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman,”katanya.
Terdahulu, Hajiji,65, mengangkat sumpah jawatan pada jam 10.35 pagi di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahirudin
Rentas7.com
Leave a Reply