SUNGAI PETANI– Dua lagi parti kompenan Pakatan Harapan (PH) iaitu Amanah dan PKR berada di ambang penyingkiran rakyat ekoran kekalahan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, PKR dan Amanah dilihat akan senasib dengan Warisan sekiranya PRU-15 diadakan.
“Sebab yang kuat pada hujah saya ini kerana PKR dan Amanah tidak dapat dipisahkan daripada DAP sedangkan rakyat semakin menolak DAP.
“Bagaimana dua parti itu akan menang sekiranya masih berkawan dengan parti yang dibenci majoriti pengundi iaitu orang Melayu?,”katanya hari ini.
Mustaffa berkata, keputusan PRN Sabah sudah tentu akan mempengaruhi pengundi di Semenanjung Malaysia.
“Jika rakyat Sabah boleh ubah, mengapa tidak di bagi negeri-negeri lain? Saya lihat kubu-kubu PH di Pulau Pinang, Selangor dan Johor khususnya akan turut tumbang.
“Rakyat mahukan pembaharuan, mereka muak dengan politik persepsi, tuduhan dan balas dendam. Rakyat semakin bijak,”katanya.
Mustaffa berkata, keputusan PRN Sabah juga menggambarkan rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil demi masa depan mereka.
“Begitu juga dengan di Semenanjung, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil daripada semua sudut terutamanya keamanan dan ekonomi.
“Dalam tempoh PN mengambil alih negara, kita dapat kerajaan yang tidak stabil ekoran sikap tamak pemimpin politik yang mahu berebut menjadi Perdana Menteri.
“Maka dari bacaan saya, tsunami politik menolak politik gila kuasa akan berlaku di semua negeri-negeri lain,”katanya.
Rentas7.com
Leave a Reply