Kedah kembali catat kes setelah dua hari “zero”

ALOR SETAR- Kedah mencatatkan satu kes positif COVID-19 hari ini.

Kes terbaru dari Kluster Sungai itu dikesan selepas negeri ini tidak mencatatkan sebarang kes bagi dua hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, kes baru berkenaan berlaku dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Bersasar TEMCO di Rumah Pangsa Tongkang Yard Seberang Perak.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan pertambahan 115 kes baru di seluruh negara bagi tempoh 24 jam hingga tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11,304 kes.

Daripada jumlah kes baru itu, 113 daripadanya ialah kes tempatan dan tiga import.

Ia melibatkan 98 kes di Sabah, Selangor (11 kes), Terengganu (1) dan Kedah satu kes.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.