Sudah 20 tahun guna garaj uzur..

Keadaan garaj tersebut

BALING-Garaj usang berusia 20 tahun jadi kawasan parkir kereta untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gantong sudah tidak selamat.

Menurut guru di situ, struktur kayu garaj telah reput manakala zinknya pula berkarat.

“Garaj ini dah uzur selama 20 tahun. Sebelum ini garaj ini tak dapat ditukar kerana tiada peruntukan.

“Jika waktu hujan, guru tak berani sangat nak parkir di situ kerana takut ia runtuh,” katanya hari ini.

Bagaimanapun keresahan para guru terlerai apabila menerima sumbangan RM1,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad.

Sumbangan disampaikan Penolong Pegawai II Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Hassan Saad kepada Penolong Kanan SK Titi Gantong, Mohd Husaini Md Saman.

Mohd Husaini berkata, sumbangan diterima membolehkan guru bergotong royong memperbaiki garaj tersebut.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.