Dua daerah di Kedah hampiri zon hijau

ALOR SETAR– Kedah hanya mencatat satu kes COVID-19 hari ini.

Menurut info grafik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, satu kes berkenaan ialah di Padang Terap.

“Satu kes dilaporkan untuk hari ini iaitu di Daerah Padang Terap.

“Sentiasa patuh dengan arahan semasa yang dikeluarkan.

“Anda semua adalah “frontliner” sekarang, kita jaga kita,”kata kenyataan di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memaklumkan, daerah Kuala Muda dan Baling menghampiri zon hijau apabila menunjukkan penurunan kes.

Kuala Muda dari 21 kes semalam turun kepada 14 kes hari ini.

Manakala Baling dari 8 kes semlm turun kepada 4 kes hari ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.