ADUN Bayu bantu mangsa kemalangan

Abdul Hakim Khan diziarahi Abd Nasir Idris (kanan) manakala Jhangir Khan dari kiri

BALING – Seorang lelaki dari Taman Abadi di sini patah tulang kecil belakang leher akibat kemalangan jalan raya.

Ayah mangsa, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, anaknya Abdul Hakim Khan, 22, yang memandu kereta terbabas selepas cuba mengelak motosikal yang keluar dari sebuah simpang.

“Keadaan anak sudah semakin pulih, terima kasih semua yang mendoakan,” katanya.

Musibah menimpa Abdul Hakim menarik simpati Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris yang tampil menziarahinya, baru-baru ini.

Abd Nasir turut menyumbangkan sebuah kerusi roda baharu bagi memudahkan pergerakan Abdul Hakim.

Sementara itu, Jhangir yang merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (PERKEBA) merakamkan terima kasih kepada Abd Nasir di atas bantuan diberikan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.