Betulkan niat sebelum cegah maksiat

Dr. Zulkifli bertemu para Pegawai Penguatkuasaan JAWI sebelum bermulanya operasi

KUALA LUMPUR-Tugas mencegah maksiat perlu diiringi dengan niat yang betul supaya pesalah dapat kembali ke pangkal jalan.

Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menitipkan pesanan itu kepada 50 Pegawai Penguatkuasaan Agama Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau berkata, mereka akan menjalankan tugas bermula malam ini hingga pagi esok.

“Pesan saya kepada mereka untuk betulkan niat dan jadikan tugas mereka sebagai usaha dakwah yang mampu mengubah pesalah ke arah yang lebih baik,”katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Dr Zulkifli berkata, beliau juga menegaskan supaya pegawai penguatkuasaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai dengan etika penguatkuasa.

“Tegas dalam kelembutan, teguh dalam pendirian, berhikmah dalam tindakan. Saya doakan semoga semua urusan berjalan lancar,”katanya.

Terdahulu sebelum bermulanya operasi, beliau hadir bertemu para Pegawai Penguatkuasaan JAWI.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.