SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) berharap pelaku yang merosakkan lukisan mural pemimpin negara tidak dilepaskan dengan hukuman yang ringan. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar kecil) berkata, perbuatan biadap oleh dua individu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tidak boleh diterima akal yang waras. Menurutnya, hanya orang gila atau tidak mempunyai akal sihat akan bertindak sedemikian rupa. "Kita ...

BALING- Banjir kilat melanda beberapa buah kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang malam tadi. Lebih 20 rumah terjejas dalam kejadian berkenaan. Antaranya ialah Kampung Siputih, Kampung Jernang, Kampung Air Kepar dan, Kampung Ulu Tawar dan Kampung Malau. Penduduk, Nurul Huda Abdul Syukur, 40, dari Kampung Ulu Tawar berkata, kampungnya dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama sejam pada ...

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak ambil mudah langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19. Beliau berkata, ini kerana kes jangkitan dan kematian akibat virus itu di seluruh dunia terus menunjukkan peningkatan. "Sehingga semalam, hampir 14.5 juta telah dijangkiti virus COVID-19 di seluruh dunia dengan lebih 600,000 kematian. "Walaupun kes COVID-19 kekal rendah ...

KUALA LUMPUR-Contengan kata-kata kesat termasuk semburan menggunakan cat merah merosakkan set mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, U21, Shah Alam Selangor. Lukisan mural berkenaan memaparkan imej Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut menghiasi dinding berkenaan gambar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail ...

KUALA LUMPUR-Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merujuk kepada kesilapan beberapa laporan yang disiarkan agensi media berbahasa Inggeris  pada 16 dan 17 Julai 2020 mengenai nilai program pembiayaan ekuiti baharu yang diperkenalkan iaitu Lunex berjumlah US$10 juta (RM42.6 juta). MOSTI dalam satu kenyataan berkata, kesilapan laporan yang disebut ialah RM10 juta. "MAVCAP, agensi di bawah MOSTI telah melancarkan dua (2) program ...

GELANG PATAH - 19 JULAI 2020 - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berjaya mengesan 110 unit kontena berstatus transhipment di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor yang didapati mengandungi bahan buangan debu electric arc furnace (EAF) yang berasal dari Romania sebelum dihantar ke negara pengimport iaitu Indonesia. Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim ...

KUALA LUMPUR-Individu atau kumpulan yang membakar anak kucing sehingga mati, disyaki berlaku di negara ini sedang diburu Persatuan Haiwan Malaysia dengan nilai lumayan berjumlah RM10,000. Nilai ganjaran terbaru itu dinaikkan daripada tawaran berjumlah RM3,000 sebelum ini. "Animal Malaysia (Persatuan Haiwan Malaysia) dapat maklumat tidak lengkap dengan mengatakan kejadian berlaku di Pahang. Namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya,"kata kenyataan itu ...

KUPANG- Enam buah rumah rosak teruk dipukul ribut dalam kejadian di sini kira-kira 3.30 petang semalam. Tiga daripada rumah berkenaan dihempap pokok tumbang, bagaimanapun Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku. Salah seorang mangsa, Harnita Jamu, 43, dari Kampung Ketemba Kememeh berkata, bumbung utama utama hadapan rumahnya rosak akibat ditimpa pokok cempedak. "Kejadian itu mengakibatkan ...

KUALA LUMPUR- Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyebut untuk mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC) sebagaimana didakwa Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zhong). Perkara berkenaan disahkan Pejabat Perdana Menteri hari ini. Isu berkenaan timbul apabila Hua Zong mendakwa Perdana Menteri secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Kenyataan panas Huazong itu dikeluarkan ...

PALESTIN-Seorang pemuda Palestin setia menemani ibunya yang dikuarantin di bilik pesakit COVID-19 sekalipun dipisahkan dengan tingkap kaca. Menerusi perkongsian aktivis Malaysia- Palestin, Mohd Hariz Anwar, lelaki berkenaan sering bertenggek di luar bilik hospital berkenaan bagi menemani ibunya. "Lelaki Palestin yang bertenggek di tingkap hospital ini adalah Jihad Alswiwti. "Tingkap hospital itu adalah bilik kuarantin pesakit Covid19 yang didiami oleh ibunya. ...