Warganet mahu pelaku biadap rosak mural YDPA dilucutkan kewarganegaraan

Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum dirosakkan pelaku biadap

KUALA LUMPUR-Contengan kata-kata kesat termasuk semburan menggunakan cat merah merosakkan set mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, U21, Shah Alam Selangor.

Lukisan mural berkenaan memaparkan imej Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut menghiasi dinding berkenaan gambar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Perbuatan vandalisme itu mendapat kecaman hebat warganet, mereka menuntut pelaku biadap berkenaan dikenakan hukuman.

Tinjauan di media sosial mendapati netizen turut menuntut pelaku biadap tersebut dilucutkan kewarganegaraan.

Majoriti warganet tidak dapat menerima tindakan khianat berkenaan terutamanya ia melibatkan lukisan YDPA.

Hasil seni mural itu dilukis tiga anak muda iaitu Abdul Hadi Ramli, Muhamad Firdaus Nordin Dan Muhamad Suhaimi bagi menghargai pengorbanan pemimpin negara membantu rakyat menghadapi COVID-19.

Sementara itu, difahamkan pihak berkuasa telah bertindak memadam semua lukisan mural yang dirosakkan dengan cat putih.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.