Rosak lukisan mural pemimpin negara: Jika di China dah lama..

SUNGAI PETANI– Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) berharap pelaku yang merosakkan lukisan mural pemimpin negara tidak dilepaskan dengan hukuman yang ringan.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar kecil) berkata, perbuatan biadap oleh dua individu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tidak boleh diterima akal yang waras.

Menurutnya, hanya orang gila atau tidak mempunyai akal sihat akan bertindak sedemikian rupa.

“Kita harap dua individu berkenaan tidak dilepaskan dengan bayaran denda yang rendah atau penjara yang singkat.

“Mereka sekurang-kurangnya perlu dipenjara maksimum atau dibuang daerah. Tapi secara peribadi, saya harapkan mereka dikenakan lebih daripada itu,”katanya hari ini.

Mustaffa berkata, di negara luar terutamanya China, sikap biadap seperti umpama sengaja menempah maut.

“Mereka patut bersyukur kerana hidup di Malaysia. Tapi apabila negara ini mengamalkan sikap tolenrasi yang tinggi, janganlah sampai pijak kepala,”katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga perlu menyiasat adakah tindakan itu didalangi pihak lain.

“Sekiranya ada, semuanya kita harap dikenakan hukuman tegas. Pelaku biadap seperti ini tidak membawa untung kepada masyarakat dan negara.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/warganet-mahu-pelaku-biadap-rosak-mural-ydpa-dilucutkan-kewarganegaraan/

“Malang bagi Malaysia mempunyai rakyat yang tidak ada semangat patriotik. Tidak rugi bagi negara jika tidak mempunyai rakyat seperti si biadap ini,”katanya.

Dalam pada itu, Mustafa berkata, PAMM menyeru setiap ibu bapa mendidik anak-anak semangat cintakan raja dan negara dari kecil.

“Mereka perlu disemai rasa cinta dan bangga menjadi rakyat Malaysia, taat pada Yang di-Pertuan Agong selaku pemimpin utama negara.

“Insya ALLAH, jika anak-anak ini dididik dari kecil, perpaduan semua kaum di negara ini semakin kukuh,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.