“Nyawa perlu balas nyawa” PUTRA mahu pemandu mabuk dihukum mati!

SUNGAI PETANI— “Nyawa perlu dibalas nyawa”, itu reaksi Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah terhadap pamandu mabuk.

Datuk Mustaffa Idrus berkata, pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan maut perlu dihukum dengan hukuman mati mandotori.

“Nyawa perlu dibalas dengan nyawa, itulah keadilan! Jika nyawa hanya diganti dengan hukuman tidak setimpal, saya rasa mungkin haiwan lebih bertamadun.

“PUTRA Kedah menyokong penuh kenyataan Presiden PUTRA Datuk Dr Ibrahim Ali yang juga mahukan pemandu mabuk dikenakan hukuman mati,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Mustaffa Idros

Mustaffa berkata, pemandu mabuk dilihat sengaja mengambil kesempatan di atas kelamahan undang-undang.

“Seperti ada agenda, semakin hari semakin menjadi-jadi. Ini tidak lagi boleh dibiarkan. Kesabaran rakyat yang juga pengguna jalan raya lain ada batasnya.

“Jangan sampai kami menghukum semua pemandu mabuk dengan tangan kami sendiri. Pemandu mabuk, kalian adalah musuh utama kami!,”katanya yang juga menuntut kerajaan mempercepatkan proses penggubalan undang-undang melibatkan isu berkenaan.

Dalam kejadian terbaru pada awal pagi tadi, seorang penghantar makanan yang menaiki motosikal maut dilanggar oleh pemandu mabuk di Lebuh Raya Sultan Iskandar mengahala ke ibu negara, Kuala Lumpur.

Mangsa Mohamed Zaili Mohamed,44, maut di lokasi akibat parah di kepala dirempuh kereta Nissan Grand Livina yang dipandu lelaki berusia 21 tahun dari arah belakang.

Motosikal mangsa dilaporkan media diheret sejauh dua kilometer dari lokasi kejadian oleh kereta tersebut.

Pada 29 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan memastikan cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan Parlimen terdekat.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/pemandu-mabuk-tak-lagi-kebal-kerajaan-baru-ambil-tindakan-tegas/

Kelemahan undang-undang yang ada punca kes kemalangan maut berpunca mabuk semakin berleluasa.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.