Dua PATI gagal seludup barang

Kedua penyeludup ditahan ATM

TAWAU– Dua lelaki termasuk seorang remaja yang cuba menyeludup barang di Serudong ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kedua-dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia itu berusia 17 dan 37 tahun.

Sel Perhubungan Raya, Divisyen Kelima Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata, mereka ditahan dalam sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infrantri Malaysia (5 Briged) pada lewat petang semalam.

“Kehadiran PATI berkenaan yang menaiki sebuah perahu kayu (jongkang) dalam keadaan mencurigakan menghampiri Jeti Lama Kalabakan Selatan telah dikesan oleh Kumpulan Serang Hendap (Serkap) yang berada di sana.

“Dua PATI berkenaan telah bertindak lari ke dalam hutan setelah tiba di daratan tetapi berjaya berjaya ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada anggota tentera yang sedang membuat rondaan,”kata kenyataan.

Kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua warga indonesia tersebut mengambil upah menyeludup barangan ke Pulau Nunukan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 33,053.00 yang merangkumi Rampasan Barang Bersama Tuan (RBBT), perahu dan enjin bot serta barangan peribadi.

“Kesemua PATI dan hasil rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Kalabakan untuk siasatan lanjut,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.