Singapura puji Malaysia, mahu perkukuhkan Islam antara dua negara

KUALA LUMPUR– Singapura menzahirkan komitmen penuh bagi mengeratkan hubungan melibatkan hal ehwal Islam dengan Malaysia.

Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hal itu dinyatakan Menteri bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Singapura Tuan Yang Terutama Masagos ZulkifliĀ  melalui panggilan talefon kepadanya, petang tadi.

“Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada saya dan menzahirkan komitmen penuh bagi mengeratkan hubungan Malaysia dan Singapura khususnya melibatkan hal ehwal Islam. ā£
ā£
“Kami sempat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman berhubung pengurusan dan pentadbiran Islam di kedua-dua buah negara sepanjang tempoh COVID-19,”katanya.

Datuk Dr Zulkifli

Dr Zulkifli sebelum dilantik Menteri Agama merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau adalah pemegang Sarjana Muda Syariah dalam bidang pengeluaran Fatwa dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.