Ribut badai SIK.. jejas rumah, sekolah dan klinik

SIK– Sembilan buah rumah di sini mengalami kerosakan akibat ribut di sini petang tadi.

Ribut juga menjejaskan sebuah kedai, sebuah klinik dan sebuah sekolah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah SIK, Lt. (Pa) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.30 petang sebelum menghantar 11 anggota ke lokasi.

Menurutnya, kejadian bermula jam 5.30 petang sehingga 6.00 petang melibatkan lima kampung.

“Setakat jam 7.30 malam tiga buah rumah termasuk sebuah sekolah di Kampung Paya Terendam dikenal pasti terjejas.

Anggota APM memotong pokok yang merentangi jalan

“Di Kampung Chong pula membabitkan tiga buah rumah, sebuah kedai dan sebuah klinik desa,
Kampung Telaga Batu (1), Kampung Sik Dalam (1), dan Kampung Batu 50 (1),” katanya.

Antara rumah yang terjejas akibat ribut petang tadi

Beliau berkata, ribut juga menyebabkan pokok tumbang merentangi jalan serta menimpa sebuah rumah di Kampung Sik Dalam.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada pusat pemindahan dibuka. Tiada individu cedera dalam kejadian ini,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.