ALOR SETAR- Pelantikan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah yang baru mengingatkan ramai kepada Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris (gambar kanan) berkata, Muhammad Sanusi umpama bayangan kepada bekas Menteri Besar tersebut. "Muhammad Sanusi yang juga ADUN Jeneri dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah mendapat asuhan langsung daripada Allahyarham Ustaz ...
BALING -Sebuah titi yang menghubungkan Kampung Batu 60 dengan jalan utama mengundang risiko keselamatan kepada penduduk. Mantan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu 60, Rozali Awang berkata, ini kerana titi itu kurang selamat untuk digunakan. Menurutnya, sudah hampir dua tahun titi berkenaan dibiarkan begitu walaupun ada aduan dibuat. "Titi ini amat penting untuk penduduk di sini kerana ia ...
SUNGAI PETANI- Orang Melayu tidak sesekali takut kepada DAP seperti mana dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, sebaliknya orang Melayu tidak mempercayai DAP dan tidak akan percaya kepada parti itu selamanya. "Bukan takut tetapi orang Melayu sememangnya tidak percayakan DAP sampailah khiamat! "Apabila kami tiada ...
KUPANG- Tumbangnya Pakatan Harapan (PH) di Kedah berpunca daripada natijah konflik dalam kompenan parti tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral, Datuk Najmi Ahmad berkata, konflik itu ditimbulkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, kesilapan bekas Perdana Menteri dan Presiden PKR itu menyebabkan parti mereka terpecah dengan sendirinya. "Penyertaan ADUN Pro Perdana ...
SERDANG- Mayat lelaki berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci di Kampung Jermai Sungai Taka hari ini. Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.05 petang. "Mangsa lelaki berumur 55 tahun didapati tidak sedarkan diri, maklumat dari jiran mangsa dilihat pada pagi tadi. "Tindakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang telah membuka pintu ...
KUALA LUMPUR- Pembahagian jawatan bagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah termasuk Exco telah selesai diputuskan. Difahamkan, perkara itu mendapat kata sepakat daripada pemimpin utama di peringkat pusat setelah mengadakan perbincangan. PN Kedah dijangka akan membentuk kerajaan negeri dalam masa terdekat. Pada 12 Mei, ketua pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah selepas mendapat ...
PUTRAJAYA-Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 13 Mei lalu menyerahkan satu unit Kubikel Saringan COVID-19 (COVID-19 Screening Booth - CSB) yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 kepada Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya. MOSTI dalam satu kenyataan menyebut, Kubikel Saringan COVID-19 berkenaan merupakan salah satu daripada lapan (8) unit kubikel saringan yang dibangunkan pada Fasa Pertama untuk ...
ALOR SETAR- Seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah esok. Sumber berkata, kesemua ADUN yang menyokong Perikatan Nasional (PN) itu bakal mengadap baginda di Wisma Darul Aman jam 10 pagi. Difahamkan, 15 ADUN PAS dan dua ADUN daripada UMNO kini berada di satu lokasi "rahsia" bagi pertemuan esok. PN Kedah kini mempunyai ...
ALOR SETAR- Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya meletakkan jawatan secara bermaruah selepas hilang kepercayaan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, seorang Menteri Besar sewajarnya mempunyai rasa tanggungjawab dan maruah diri untuk berbuat demikian. Menurutnya, Mukhriz masih menjadi Menteri Besar hanyalah berdasarkan teknikal memandangkan belum ada lantikan Menteri ...
KUALA LUMPUR- Malaysia menyatakan komitmen membantu Iran memerangi penularan wabak COVID-19 di negara itu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sedia bergabung dan bekerjasama dengan Iran serta memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam usaha memerangi COVID-19. "Petang tadi saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Hassan Rouhani, Presiden Iran. "Kami membincangkan pelbagai perkara mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua ...













