KUPANG- Sebagai tanda syukur, ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad memulakan tugas lapangan sebagai Exco Agama dengan menyembelih seekor lembu di Kampung Sirako hari ini. Najmi berkata, pelantikan beliau sebagai Exco bagi portfolio Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia pada 20 Mei lalu merupakan satu amanah besar yang perlu dipikul dengan sebaiknya. Menurutnya, beliau berharap dengan baki tiga tahun ...
BALING- Seorang lelaki gempar apabila menemui seekor ular sawa sepanjang empat meter berhampiran sebatang pokok pisang. Ular seberat 120 kilogram itu ditemui bersama 100 telurnya dalam sebuah kebun getah di Kampung Lanai hari ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Baling LT.(PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, APM Baling menerima panggilan kecemasan jam 3.48 petang dan tiba di lokasi ...
ALOR SETAR-Umat Islam diingatkan supaya tidak melupakan kempen Buy Muslim First (BMF) walaupun pucuk pimpinan kerajaan sudah bertukar. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, kempen itu dicetuskan akibat tekanan perkauman yang kuat semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH). "Ketika fasa awal kempen BMF giat dijalankan, kita dapat lihat produk umat Islam menerima permintaan amat tinggi. "Kini ...
YAN-Seorang warga emas cedera akibat dilanggar lari dalam satu kejadian di hadapan kolej Komuniti Guar Cempedak hari ini. Kejadian jam 9.30 pagi itu menyebabkan Ahmad Shaperi Jaafar,66, dari Kampung Batas Ubi Dalam Yan cedera di bahagian kanan tangan, bahu, lutut dan buku lali. Difahamkan, ketika tiba di lokasi mangsa bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah belakang ...
Portfolio Menteri Besar dan EXCO adalah seperti berikut: ⏺ Menteri Besar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) ✅ Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Kedah Economic Council, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri 1️⃣ YB Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (BERSATU) ✅ Pengerusi Jawatankuasa Industri dan ...
SUNGAI PETANI- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong. Penyelaras PUTRA, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Dr Xavier Jayakumar didapati melakukan penghinaan terhadap YDPA dengan menyifatkan Sidang Parlimen pada 18 Mei sebagai sampah. "Kenyataan beliau disiarkan melalui sebuah portal di Facebook. Beliau ...
KLUANG- Empat jari seoarang anggota tentera "melayang" gara-gara bermain mercun bola di Kampung Muhibbah du Paloh di sini. Memetik Harian Metro online, kejadian berlaku pada 16 Mei lalu pada jam 10 malam membabitkan mangsa berumur 40 tahun. Mangsa dilaporkan terkena letupan di bahagian pergelangan tangan akibat letupan mercun itu mengakibatkan hilang jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan kelingking. Mangsa ...
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :- PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Jumaat, 22 Mei 2020 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijriah. ...
ALOR SETAR- Penyokong Pakatan Harapan (PH) diharap tidak lagi tertipu dengan mitos kerajaan "pintu belakang" selepas mendengar sendiri titah Yang dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, semua pihak terutamanya penyokong PH wajar mendokong kerajaan dibawah ...
KUALA LUMPUR-Jabatan Agama Islam Kemajuan Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk Brown Sugar Bubble Tea Ball mengandungi sumber tidak halal iaitu gelatin babi. Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mula menerima pertanyaan berkenaan isu produk berkenaan di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal. "Berdasarkan semakan pihak @halalmalaysiaofficial, produk tersebut tidak memiliki ...













