PN Kedah jumpa Sultan esok, ADUN PAS, UMNO di lokasi rahsia

ALOR SETAR- Seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah esok.

Sumber berkata, kesemua ADUN yang menyokong Perikatan Nasional (PN) itu bakal mengadap baginda di Wisma Darul Aman jam 10 pagi.

Difahamkan, 15 ADUN PAS dan dua ADUN daripada UMNO kini berada di satu lokasi “rahsia” bagi pertemuan esok.

PN Kedah kini mempunyai sokongan 15 ADUN PAS, UMNO (2) Bebas- bekas ADUN PKR (2) dan Bersatu 4.

Manakala kem Datuk Seri Mukhriz kini hanya mempunyai 13 sokongan iaitu daripada DAP (2), Amanah (4), Bersatu (2) dan PKR (5).

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.