Parti Warisan tambah kekuatan di Kedah

Fadhil Hanafi (tengah) menyerahkan bendera Warisan kepada Khairul Anuar

MERBOK– Parti Warisan Negeri Kedah Malaysia menambah kekuatan di Kedah apabila menerima seramai 120 ahli baru.

Ketua Penyelaras Warisan Bahagian Merbok Khairul Anuar Muhamad berkata, kesemua ahli baru berkenaan adalah bekas ahli Bersatu.

“Seramai 120 orang Ahli Parti Bersatu Bahagian Merbok telah bertukar arah dengan menyertai Parti Warisan Kedah di dalam Bahagian Merbok ekoran daripada hilangnya kepercayaan kepada Ketua Bahagian Bersatu Merbok.

“Cawangan yang berjaya ditubuhkan adalah Cawangan Taman Bandar Baru dan juga Cawangan Taman Lembah Permai,”katanya.

Terdahulu beliau menerima bendera Parti Warisan pada majlis Penerima Borang Ahli bertempat di Taman Sri Bayu Sungai Lalang pada 27 September lalu.

Beliau berkata, Warisan mengucapkan tahniah kepada Ahmad Bakar dan Bahari Mansur di atas kejayaan menubuhkan dua cawangan baharu berkenaan.

“Kita jangkakan akan lebih banyak cawangan Warisan dibuka di Kedah selepas ini,”katanya.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan Warisan Negeri Kedah Dato’ Ustaz Fadhil Hanafi.

Turut hadir, Pengerusi Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah merangkap Naib Pengerusi 1 Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.