Temu duga graduan lepasan universiti awam bermula Februari

PUTRAJAYA-Urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan Lepasan Universiti Awam akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan Februari 2021.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam kenyataan berkata, temu duga itu akan dilaksanakan secara maya bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

“Calon yang akan dipanggil temu duga pada kali ini adalah terdiri daripada calon-calon yang telah memohon atau mengemaskini maklumat melalui portal mySPP selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2020, berdasarkan hebahan tarikh tutup permohonan yang telah dikeluarkan pada 11 Ogos 2020,”kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu kenyataan berkata, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga tersebut.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.