Fanomena gerhana matahari separa di benua Artatika dan Amerika Selatan 1 Mei ini

PUTRAJAYA, 29 April 2022 – Fenomena Gerhana Matahari Separa akan berlaku di benua Antartika dan Amerika Selatan pada hari Ahad ini, 1 Mei 2022 mulai pukul 2:45 pagi hingga 6:37 pagi waktu Malaysia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Planetarium Negara akan membuat penstriman langsung melalui saluran Youtube dan Facebook Planetarium Negara pada 1 Mei 2022 bermula pukul 2:30 pagi bagi membawakan imej-imej gerhana secara langsung dari benua Antartika dan Amerika Selatan serta imej dari teleskop-teleskop berdekatan kawasan kejadian.

Siaran langsung ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa pada kali ini kerana ia tidak dapat disaksikan secara terus dari
mana-mana lokasi di Malaysia.

Fenomena ini merupakan kejadian gerhana yang pertama dalam tahun
2022.

Fenomena Gerhana Matahari Separa pada kali ini akan dimulakan dengan fasa separa pada pukul 2:45 pagi waktu Malaysia dan akan mencapai litupan maksimum pada pukul 4:41 pagi waktu Malaysia dengan peratus litupan matahari maksimum mencecah sehingga 64% bergantung kepada lokasi pencerapan.

Gerhana Matahari Separa ini dijangka berakhir pada pukul 6:37 pagi waktu Malaysia.

Lokasi paling awal dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini adalah di kawasan Lautan Pasifik diikuti dengan sebahagian benua Antartika sebelum berakhir di benua Amerika Selatan dan sebahagian Lautan Atlantik.

Seluruh Keluarga Malaysia adalah dijemput untuk menyaksikan
fenomena alam ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.