Warisan Kedah setuju MoU

Dato' Fadhil kanan dan Dato' Mustaffa

KUALA LUMPUR -Parti Warisan Negeri Kedah bersetuju dengan keputusan kepimpinan atasan menandatangani perjanjian (MoU) dengan PH, BN, GPS dan GRS.

MoU dinamakan Permaufakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan itu bagi menyokong pentadbiran Perdana Menteri ke-10.

Pengerusi Perhubungan Warisan Negeri Kedah, Dato’ Fadhil Hanafi berkata, Warisan menyambut baikkeputusan Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menandatangani MoU berkenaan.

“MoU ini seiring dengan menjunjung titah YDPA bagi memelihara kestabilan politik termasuk merapatkan saf diantara Ahli Dewan Rakyat.

“Atas nama demokrasi terpimpin,kita menandatangani perjanjian MoU supaya satu ikrar di lafazkan dan kerjasama diperkukuhkan,”katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, Warisan mengambil keputusan tepat menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita yakin langkah ini dapat menarik minat pelabur masuk ke negara ini serta mengukuhkan nilai mata wang.

“Jika kerajaan tidak kukuh, Malaysia tidak boleh keluar daripada kemelut ekonomi. Bagi saya, kita tengok dulu kebolehan Perdana Menteri ke-10 sama ada beliau mampu atau tidak bekerja untuk rakyat,”katanya.

Bagaimapun katanya, Perdana Menteri baharu perlu memastikan amalan rasuah dibanteras seperti mana disebut sebelum ini.

“Saya rasa jika kerajaan hari ini dapat diabsahkan kebersihannya akan menarik minat rakyat untuk memberikan sokongan pada PRU-16.

“Kita percaya dengan langkah dan perancang PM-10. Apapun hasilnya, tunggu dan lihat,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.