Thailand pimpin Kumpulan A

KUALA LUMPUR -Thailand memimpin Kumpulan A Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 selepas menewaskan Brunei 5-0 di Stadium Kuala Lumpur malam ini.

Skuad Gajah Perang sebelum itu bergelut untuk menewaskan Brunei apabila hanya menjaringkan dua gol separuh masa kedua.

Tiga gol di separuh masa kedua menyelamatkan maruah Thailand untuk membawa bekalan selesa pada perlawanan seterusnya.

Pada satu lagi aksi, Kemboja beraksi cemerlang di tempat sendiri apabila menewaskan Filipina 3-2.

Aksi Kumpulan B akan bermula esok.

 

RENTAS7/ FOTO: AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.