Wan Kuzri sah pulang ke tanah air

KUALA LUMPUR-Pemain Malaysia yang kini bermain di Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal telah tiba ke tanah air bagi memperkuatkan skuad bawah 19 tahun (B-19) menghadapi kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan Oktober ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, pemain berusia 18 tahun itu akan menyertai pasukan sejurus berakhir tempoh kuarantin.

“Sementara seorang lagi pemain iaitu Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal hanya akan menyusul kemudian untuk menyertai pasukan sejurus berakhir tempoh kuarantin selepas tiba di tanah air dari Amerika Syarikat,” kata kenyataan itu semalam.

Wan Kuzri adalah adik kepada bintang muda Wan Kuzain yang beraksi bersama kelab Liga Bola Sepak Utama (Major League Soccer) Amerika Syarikat, Sporting Kansas City.

Kemasukan Wan Kuzri yang kini menimba pengalaman bersama Akademi Bola Sepak St Louis Amerika Syarikat dijangka memantapkan lagi barisan skuad negara.

Terdahulu, seramai 34 pemain telah 34 melaporkan diri di kem latihan pusat skuad B-19 kebangsaan, semalam.

Seramai 17 pemain kemudiannya menjalani ujian calitan (swab test) manakala baki pemain telah pun menjalani ujian berkenaan dengan kelab masing-masing.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.