Vietnam atasi China 3-1

KUALA LUMPUR-Vietnam mengumpul mata pertama dalam Pusingan Ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan B setelah mengatasi China 3-1 di gelanggang sendiri malam ini.

Kemenangan di Stadium My Dinh Hanoi itu memberikan suntikan moral kepada skuad ‘The Gordan Star ‘ termasuk penyokong mereka.

Ini kerana, Vietnam belum pernah menang atau seri sepanjang kelayakan pusingan ketiga ketiga hanya beberapa berbaki beberapa perlawanan untuk ditamatkan.

Walaupun peluang ke Piala Dunia telah tertutup, wakil tunggal Asia Tenggara itu telah menahat sejarah mereka di atas kejayaan menundukkan China, salah satu gergasi bola sepak Asia.

Dalam satu lagi perlawanan, Jepun atasi Arab Saudi 2-0 sekaligus menebus kekecewaan tewas kepada lawan sama 1-0 sebelum ini.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.