Anak terkejut ayah masih sihat dilaporkan meninggal dunia

Ammar Taha (kanan) melahirkan rasa kesal terhadap portal berkenaan di Facebooknya

KUALA LUMPUR– Seorang anak terkejut apabila gambar ayahnya digunakan media arus perdana bagi laporan kematian individu lain.

Lebih mengejutkan, gambar ayahnya itu dikaitkan dengan individu yang memainkan peranan utama dalam rundingan damai bagi krisis di selatan Thailand.

Ammar Taha berkata, gambar digunakan portal tersebut ialah gambar ayahnya yang masih hidup.

Menurutnya, portal berkenaan diminta lebih berhati-hati dalam menyiarkan laporan berita.

“Mohon Berita Harian Online teliti elok elok berita yang nak di’publish’kan. Gambar yang pihak tuan guna tu gambar ayah saya. Nak kena saman ke letak gambar orang lain ni?,” katanya di Facebook malam ini.

Ammar turut mengepilkan gambar terkini ayahnya.

“Ni gambar saya bersama dengan ayah saya sedang buat kerja tengah panas hari ini. Masih hidup. Meninggal apa bendanya?

“Kepada yang mengenali ayah saya, ayah saya masih sihat walafiat. Tak payah mesej ucap takziah ye,”katanya.

Laporan oleh portal terbabit

Terdahulu, portal berkenaan pada hari ini melaporkan seorang individu utama dari salah satu daripada lima kumpulan pejuang di Patani iaitu Pulo-DSPP meninggal dunia di hospital di Malaysia.

Muhammad Ibrahim,61, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa lalu akibat hepatisis B.

Jurucakap Rejimen Keempat Tentera Thailand, Mejar Jeneral Pramote Prom In mengesahkan kematian berkenaan.

Anak kepada ayah dalam gambar itu turut menempelak laporan portal yang menyamakan kumpulan pejuang di Patani sebagai pemberontak.

“Perunding pemberontak kepala hotak kau. Pejuang pembebasan Patani bukan pemberontak.

“Mereka berjuang untuk membebaskan negara mereka yang dijajah demi agama dan bangsa mereka dari anasir Sang Buang dan penjajah,”katanya.

Tinjauan Rentas7.com setakat jam 11 malam ini, gambar berkenaan belum dipadam oleh portal terbabit.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.