Thailand bimbang buka pintu sempadan untuk rakyat Malaysia?

PENGKALAN HULU-Arahan penutupan pintu sempadan melibatkan Malaysia-Thailand kemungkinan akan berakhir pada hujung tahun ini, kata sumber.

Pintu sempadan kedua-dua negara dijangka akan dibuka tahun depan jika keadaan COVID-19 bertambah pulih.

Sumber berkata, pembukaan pintu sempadan tidak akan melibatkan sektor pelancongan.

Bagaimanapun, katanya, Thailand kemungkinan enggan membuka pintu sempadannya kepada rakyat Malaysia ekoran keadaan negara ini yang masih bergelut dengan penularan wabak COVID-19.

Thailand dilaporkan enggan mengambil risiko berdepan sekali lagi pandemik COVID-19 selepas negara itu hampir bebas daripada wabak itu.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku tahun depan, ada kemungkinan penutupan ini tidak disambung atau dilanjutkan.

“Tetapi apa yang kita dengar Thailand tidak berani buka pintu sempadan mereka untuk rakyat Malaysia kerana kes COVID-19 yang masih tinggi di negara kita,”katanya.

Difahamkan, masyarakat Thailand kini bebas daripada prosedur operasi standard (SOP) namun belum sepenuhnya.

Setakat ini Thailand hanya membuka pintu sempadan bagi tujuan pelancongan kepada Rakyat China.

Pada 20 Oktober lalu, seramai 39 pelancong China yang diterbangkan dari Shanghai mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

Langkah Thailand it merupakan satu “kajian” sebelum pintu sempadannya dibuka.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.