Murid mati lemas..

Gambar hiasan

ALOR SETAR- Seorang murid sekolah  maut akibat lemas Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah persendirian yang tertelak dalam daerah Baling.

Seorang penduduk, Mohd,54, berkata, mangsa berusia 10 tahun dari Thailand.

Menurutnya, mangsa disedari hilang selepas kumpulan murid lain telah keluar dari kolam yang terletak dalam kawasan sekolah.

“Kejadian berlaku pada pagi Jumaat dan telah dilaporkan kepada polis,” katanya.

Mangsa telah dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam pada hari ini selepas proses dokumentasi yang melibatkan polis dan Kedutaan Thailand selesai.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.