HULU LANGAT– Ketiadaan sumber air bersih mendatangkan kesukaran kepada sukarelawan untuk mencuci rumah mangsa banjir di Kampung Dusun Tua di sini, hari ini.
Situasi itu mengundang kekecewaan kepada pasukan sukarelawan .
Antara yang berdepan situasi itu ialah Jabatan Amal Malaysia, sukarelawan daripada institusi pengajian tinggi, perseorangan termasuk keluarga mangsa.
Operasi mencuci selut dan lumpur setebal tujuh inci oleh sukaralewan bagaimanapun dapat dilaksanakan dengan baik apabila dua tangki sumber air bersih dihantar Muslim Care menggunakan lori.
Salah seorang sukarewalan yang enggan didedahkan nama berkata, mereka bernasib baik apabila sumber air ditunggu sejak pagi akhirnya tiba hasil bantuan Muslim Care pada tengah hari.
“Sepatutnya tugas menyediakan bekalan air oleh kerajaan negeri Selangor, tapi sebaliknya apabila NGO pula yang tampil memberikan bantuan. Terima kasih Muslim Care kerana bantu tugas sukarelawan lain.
“Bagi saya, kerajaan negeri Selangor perlu peka dengan musibah melanda rakyatnya,” katanya.
Kekecewaan itu turut dikongsi keluarga mangsa banjir yang menyifatkan Selangor gagal dalam menyediakan kemudahan asas di saat mereka amat memerlukan dan dilanda musibah.
Tinjauan mendapati rumah-rumah terlibat hingga petang tadi belum menerima sumber air seperti diharapkan.
RENTAS7
Leave a Reply