KUALA LUMPUR– Pelaksanaan semula cukai GST seperti pernah diumumkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membuktikan kerajaan hari ini kering idea untuk membangunkan negara dan membantu negara.
Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, GST yang dilaksanakan pada zaman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sangat ditentang oleh pemimpi PH terutamanya Rafizi.
“Tetapi kini beliau mahu menjilat kembali ludahnya. Idea yang pernah beliau kritik habis-habisan ingin dicedok semula.
“Sangat jelas kerajaan Madani tidak ada idea baru dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan membantu rakyat sendiri,”katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, hasrat mewujudkan semula GST tidak patut ada dalam kepala pemimpin PH kerana mereka sebelum ini telah berjanji pelbagai formula untuk membantu rakyat.
“Sekarang di mana formula-formula pernah disebut? Jika benar anda seorang yang hebat (Rafizi) sepatutnya kamu guna idea sendiri, bukannya menggunakan idea individu yang kamu sendiri pernah kutuk. Orang yang kamu kutuk pun sekarang sudah menjadi banduan.
“Adakah tidak ada rasa malu dalam diri pemimpin PH khususnya Rafizi? Kamu tidak berasa malukan menipu rakyat? Kamu tidak malu menceduk idea orang pernah kamu kutuk ,”katanya.
Mustaffa berkata, menteri yang gagal membantu rakyat selayaknya meletakkan jawatan secara bermaruah.
“Jika tak mampu sila letak jawatan. Beri kepada yang mampu. Buat apa duduk di kerusi menteri jika tidak dapat melaksanakan idea-idea berkesan untuk ekonomi negara dan rakyat.
“Mengambil semula GST sama dengan meniru dalam peperiksaan. Maknanya kamu gagal,”katanya.
Idea mewujudkan semula GST pernah disuarakan Rafizi sebelum ini.
Menurutnya, GST akan diadakan apabila sampai waktunya.
RENTAS7








Leave a Reply