Bertemu ibu selepas berpisah 39 tahun

Kedua anak beranak ini bertemu selepas 39 tahun terpisah

KUALA LUMPUR-Seorang anak bertemu semula ibunya selepas 39 tahun terpisah.

Rindu itu terubat selepas lelaki berkenaan berjaya menemui semula wanita itu sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kelmarin.

Lelaki menggunakan akaun Facebook, CT Ros Dani berkongsi kisahnya itu di laman sosial berkenaan.

“Setelah aku dapat tahu akan laksananya PKP semula, aku terus bergegas dari Damansara ke Perak untuk bertemu ibu ku,

“Setelah dua jam setengah perjalanan, aku sampai juga di tempat agensi penjagaan, di mana tempat ibuku tinggal,

“Rupanya aku dimaklum oleh pihak penjagaan, agensi tersebut tutup untuk terima pelawat, oleh kerana pendemik,” tulisnya.

Namun atas budi bicara, dia diberikan peluang untuk bertemu ibunya namun tanpa boleh bersentuhan.

“Jadi, oleh kerana aku datang dari jauh, atas budi bicara, pihak agensi tersebut memberi sedikit kelonggaran dengan bersyarat

“Alhamdulillah akhirnya aku dapat menatap wajah ibuku yang kali kedua dalam masa 39 tahun, kerana Kami berpisah sejak aku dilahirkan pada tahun 1982,

“Aku ingin berterima kasih kepada agensi yang menjaga ibuku dengan baik, dan layanan mereka terhadap aku sungguh baik sekali,” katanya yang mahu membawa keluar ibunya selepas ini.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.