“Team building” dukung isteri orang

Gambar yang tular di media sosial

KUALA LUMPUR-Sebuah syarikat penapis air menjadi bahan kecaman ramai selepas gambar “team building” yang campurkan peserta lelaki dan wanita tular hari ini.

Melalui sekeping foto yang dimuat naik di Facebook, peserta lelaki dilihat mendukung peserta wanita.

Difahamkan, peserta terlibat telah pun berkahwin dan beragama Islam dan kejadian berlaku di negara ini.

Netizen mengunakan nama Facebook Kim Green mendakwa lelaki yang mendukung wanita dalam gambar berkenaan sebagai suaminya.

Dia yang mengecam tindakan permainan itu mempersoal di mana batas pergaulan sebagai suami dan isteri orang.

Tinjauan di Facebook mendapati gambar berkenaan dikongsi dan ia dikutuk warga netizen.

Ada di antara mereka yang meminta syarikat tersebut diboikot.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.