Tak perlu cabar, sekolah vernakular aset penting negara

 

KUALA LUMPUR-Sekolah-sekolah vernakular ialah aset penting bagi kepelbagaian kaum di negara ini.

Justeru itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berharap rakyat tidak meneruskan untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular.

“Saya ucap tahniah kepada peguam,  Pejabat Peguam Negara. Ini menunjukkan bahawa pejabat AG dapat membela sekolah vernakular di Mahkamah Persekutuan.

“Saya harap pihak permohon juga akan hentikan tindakan mereka untuk mencabar sekolah vernakular kerana seperti yang disebut oleh ramai pemimpin PH bahawa sekolah vernakular sepatutnya menjadi aset yang penting kepada kepelbagaian negara kita,”katanya yang dipetik daripada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas disoal wartawan berhubung keputusan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed yang membuat keputusan menolak satu usul daripada seorang peguam untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai tidak berparlimen.

Memetik MalaysiaGazette, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz pada 23 Oktober lalu memfailkan satu usul di bawah Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud, sebagai tidak berpelembagaan.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.