Bubar Parlimen medan terbaik “ajar” pemimpin gila kuasa

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) berharap Parlimen segera dibubarkan bagi “mengajar” pemimpin gila kuasa.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, rakyat Malaysia semakin muak dengan krisis politik ditimbulkan Pakatan Harapan (PH) sejak mentadbir negara selama 22 bulan sebelum ini.

Menurutnya, tidak pernah dalam sejarah, Malaysia mengalami krisis politik terburuk seperti apa yang ditimbulkan PH.

Katanya, lebih malang situasi ini timbul ketika negara hampir pulih daripada ancaman COVID-19.

“Ketika rakyat berkorban untuk negara kerana COVID-19 sehingga ada yang hilang pekerjaan dan pendapatan, tetapi pemimpin PH terus rakus berebut kuasa.

“PAMM berharap Parlimen dapat dibubarkan dengan segera sekiranya situati politik negara terus meruncing. Rakyat tidak sabar untuk “mengajar” dan menghukum semua pemimpin PH,”katanya hari ini.

Tambahnya, melalui Pilihan Raya Umum (PRU) semula, ketegangan politik dapat dikendurkan sekaligus menstabilkan pentadbiran negara.

Beliau berkata, perpecahan dalam kalangan orang Melayu semakin ketara sejak DAP diberikan ruang bekerjasama dengan parti politik yang dikuasai orang Melayu.

“Sebelum ini DAP bersendirian, kemudian bersama Pakatan Rakyat (PR) dan kini bersama PH. Dahulu DAP masih boleh dikawal kini DAP yang mengawal.

“Sejarah telah membuktikan di mana DAP berada, di situlah berlakunya perpecahan orang Melayu. Kita dapat lihat dengan terpecahnya PAS, UMNO, PKR dan Bersatu sendiri.

“Orang Melayu yang celik akan tinggalkan DAP, tetapi orang Melayu yang berjiwa kecil akan terus bergantung harap dengan politik DAP,”katanya.

Mustaffa berkata, PAMM bagaimanapun yakin usul undi tidak percaya yang akan dibawa dalam Sidang Dewan Rakyat nanti akan menyebelahi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.