Mengapa Tik Tok bahaya pada anak anda?

KUALA LUMPUR– Aplikasi Tik Tok menjadi kegilaan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Mutakhir ini, permainan itu semakin menjadi fanomena dalam kalangan golongan muda.

Lebih banyak mudarat daripada kebaikan dihasilkan aplikasi berkenaan.

Apa itu Tik Tok?

Tik Tok dalam Bahasa China dikenali sebagai Douyin. Aplikasi ini mula dilancarkan pada September 2016 oleh syarikat Bytedance.

ByteDance atau dikenali Bytemod Pte Ltd ialah sebuah syarikat teknologi Internet China.

Aplikasi ini dapat dimuat turun dengan mudah bagi tujuan membuat video-video pendek.

Ia disusuli dengan latar belakang musik yang boleh dipilih mengikut cita rasa seseorang.

Apa bahayanya?

Disebabkan itu, majoriti penggemar aplikasi ini akan menari atau melakukan gaya bebas mengikut kreativiti.

Pasangan Melayu terginja-ginja menari dan mereka tidak malu melakukannya di depan khalayak ramai

Apa yang sedihnya, pengguna aplikasi ini tanpa segan silu menari dan video dihasilkan dikongsikan secara meluas di media sosial bagi tatapan ramai.

Mereka ini bukan orang lain pada kita, tetapi anak-anak Melayu Muslim.

Pelayar Tik Tok dimonopoli kaum wanita.

Remaja Melayu menari menggunakan Tik Tok

Sebahagian besar tayangan menunjukkan wanita ini terkinja-kinja menari sama ada berseorangan atau lebih.

Ada tarian dilakukan di dalam bilik rumah tanpa pengetahuan ahli keluarga lain.

Mereka juga tanpa rasa bersalah bersentuhan, berpelukan dengan kekasih- ada pasangan langsung berkelakuan lucah.

Pelbagai aksi bodoh lain dapat ditatap melalui aplikasi itu.

Tanpa sedar, ramai ibu bapa tidak mengetahui betapa anak-anak mereka semakin dihanyutkan permainan tersebut.

Persoalannya dengan ledakan internet hari ini, apa sedang dilakukan anak atau adik wanita anda saat ini?

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.