UAE sumbang bantuan perubatan kepada Malaysia

PUTRAJAYA– Malaysia menerima sumbangan bantuan peralatan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, beliau berterima kasih di atas bantuan disampaikan negara berkenaan.

“Saya akan pastikan semua peralatan ini diserahkan terus kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan khususnya ‘frontliners'” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hishamuddin berkata, beliau bersyukur kerana susulan perbualan telefon antaranya dengan Menteri Luar Negeri UAE, Sheikh Abdullah Zayed Al-Nahyan tempoh hari turut membawa kepada kerjasama kedua-dua buah negara memerangi COVID-19.

“Selain bantuan peralatan perubatan yang kita terima hari ini, UAE dan Malaysia turut bekerjasama rapat dengan berkongsi maklumat, kepakaran serta strategi untuk memerangi COVID-19.

“Perkongsian ini termasuklah melalui video conference yang diadakan setiap hari melibatkan Taskforce Covid-19 Wisma Putra dengan kepimpinan tertinggi Kerajaan UAE”katanya.

Beliau berkata, kerjasama erat ini diharap berupaya membantu kedua-dua negara menangani krisis ini dengan sebaik mungkin, insyaAllah,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.