Patani Darussalam mula dilanda bah

Bah di Patani

PATANI– Wilayah Patani Darussalam mula dilanda banjir besar, hari ini.

Kawasan-kawasan kampung, pekan dan bandar yang terlibat di tiga wilayah Patani iaitu Yala, Patani dan Narathiwat dinaiki banjir ekoran peralihan Monsun Timur Laut sejak pagi tadi.

Sebahagian sekolah dan madrasah dalam tiga wilayah berkenaan tidak terlepas daripada dinaiki banjir menyebabkan sesi pengajian terpaksa dihentikan.

Keadaan sebuah sekolah agama di Patani

Bah di selatan Thailand seperti kebiasaannya akan berlaku dalam tempoh agak lama iaitu November hingga Disember.

Kejadian ini juga digunakan rakyat untuk membuat siaran langsung di media sosial bagi berkongsi keadaan di kawasan masing-masing.

Jalan-jalan utama yang terjejas telah ditutup kepada orang ramai.

Keadaan di salah satu kawasan di Yala

Banjir Besar berlaku menyebabkan banyak urusan penduduk tergendala dan menjejaskan mata pencarian penduduk yang bergantung dengan hasil tanaman seperti padi dan pokok getah.

Hal ini juga memberikan kesan kepada sektor pelancongan domestik Thailand.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.