Ceramah agama terakhir sebelum PKP

Ceramah agama di Surau Al Barakah malam ini

BALING– Kira-kira 10 jemaah mendengar kuliah Maghrib di Surau Tembak B di sini, beberapa jam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berkuat kuasa jam 12.00 malam ini.

Rata-rata warga emas yang menghadiri kuliah berkenaan sebelum itu melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah.

Antara intipati penceramah ialah berkaitan bala ALLAH kepada manusia disebabkan maksiat dilakukan mereka.

Di Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) tidak membenarkan program keagamaan dan majlis ilmu seperti ceramah, kuliah, kelas agama sebelum Jumaat dan sebagainya sama ada skala kecil atau besar sepanjang PKP.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.