PKWR Kuala Ketil kongsi rezeki, edar bubur lambuk

Salah seorang petugas menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya

KUALA KETIL– Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil berkongsi rezeki sempena bulan mulia Ramadan dengan mengedarkan bubur lambuk kepada pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya petang tadi.

Ahli Jawatankuasa Kampung Tembak B yang juga ahli PAS, Ilyas Salleh berkata, edaran dibuat di jalan Kuala Ketil – Parit Panjang berhadapan PKWR DUN Kuala Ketil.

“Ini adalah program tradisi PKWR DUN Kuala Ketil setiap kali Ramadan.

“Alhamdulillah ramai yang menerima edaran untuk dinikmati ketika berbuka puasa,” katanya.

Ilyas berkata, kelazatan bubur lambuk PKWR Kuala Ketil juga sudah diketahui umum dan sebab itulah ia cepat habis.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.