SPRM buru tiga suspek utama

KUALA LUMPUR-Tiga individu dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki pertama, Clement Chen Wei Chein,35, mempunyai alamat terakhir di 12 A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras Kuala Lumpur dan No 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras Hartamas Batu 9, 43200 Cheras Selangor.

“Lelaki kedua dikenali, Ong Bok Hay,66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 5100, A-16-3A, One Setul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 5100 Kuala Lumpur dan No 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya Selangor. (Gambar tengah)

“Individu ketiga pula diburu SPRM adalah seorang wanita iaitu Ho Lei Kow,47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora,83000 Batu Pahat Johor,”kata kenyataan itu malam ini (Gambar kanan)

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509-8947.

Pada 16 November lalu, SPRM telah menahan 47 individu termasuk 27 pegawai imigresen yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

Penangkapan dibuat dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.