KUALA LUMPUR– Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu PAMM (PAMM) Negeri Kedah menuntut Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan sultan mencampuri urusan penjualan arak di kawasan masyarakat Islam.
Pengerusinya, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, hanya dengan dua ‘kuasa besar’ itu mampu untuk menyelamatkan maruah umat Islam ketika mana Menteri DAP menuntut status quo penjualan arak di kawasan masyarakat Islam dikekalkan.
“Saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengekalkan status quo penjualan arak di kawasan majoriti Islam amat mencabar agama dan menunjukkan beliau seorang yang tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
“Nga Kor Ming ini sangat biadap dan bahaya. Bibit-bibit ke arah perkara lebih besar sudah nampak sekiranya isu seperti ini sepatutnya diberikan tolenrasi,”katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, sikap biadap Kor Ming perlu dihentikan supaya tidak melarat kepada perkara lebih besar.
“Selepas arak, mungkin selepas ini dia akan mencampuri urusan-urusan lain melibatkan agama Islam .
“Lagipun ini bukan kali pertama dia melakukan perkara seumpama ini. Inilah jenis manusia yang tidak boleh dibiarkan berkuasa,”katanya.
Mustaffa berkata, PAMM tidak yakin dengan fungsi dan peranan para menteri lain dalam kerajaan untuk menegur Kor Ming.
“Siapa yang mampu menegur? Adakah PMX yang hanya mempunyai jumlah kerusi sedikit dalam kerajaan dan bergantung dengan DAP untuk jadi kerajaan?
“Apakah mahu diharapkan Parti Amanah Negara? Rakyat sudah jelas mengetahui parti berkenaan adalah parti yang tak mampu menegur apa-apa jika kepentingan umat Islam diusik.
“Oleh sebab itu PAMM berharap YDPP atau sultan mencampuri isu ini supaya menteri terlibat dapat diberikan teguran,”katanya.
Sebelum ini Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) dilaporkan media mencadangkan larangan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Susulan cadangan itu, Kor Ming turut mempertahankan premis-premis menjual arak dengan alasan mereka mempunyai lesen dan aktiviti jualan berkenaan sah dari segi undang-undang.
Beliau juga dilaporkan mahu keharmonian dikekalkan dan kepentingan pihak-pihak tertentu dijaga.
RENTAS7








Leave a Reply