Sindir hudud, Ustaz Ahmad Dusuki minta Syed Saddiq bertaubat

Syed Saddiq

KUALA LUMPUR-Keceluparan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersenda agama ditegur pendakwah bebas.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, berdosa besar bagi individu yang sudah mencapai akil baligh mempersendakan agama.

“Bercakap atau menulis tu biar rasa ada dosa dan pahala, jika kata kata ‘budak baru aqil baligh’ ni segaja.

“Ia merupakan dosa besar mempersenda kan hukum agama. Jika atas kejahilan, maka beristigfar dan bertaubatlah,”katanya malam ini.

Beliau berkata, apa jua yang ingin diluahkan perlu mengambil kira soal hukum agama.

“Setiap apa yang kita ingin luahkan, cubalah pandang kiri dan kanan. Maknanya tanya dulu kesan hukum dari kata kata jijik ini.

“Nampak sangat kebiadapan terhadap hukum Islam! yang kamu benci terhadap menteri tu satu perkara yang berbeza dengan mempersendakan hukum agama!ada faham??,”katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam ciapnya di Twitter mendakwa PAS tidak akan melaksanakan hudud dengan adil.

“Kalau hudud dilaksanakan, rakyat biasa dipotong tangan, menteri potong kuku sahaja,”katanya.

Syed Saddiq menyebut sedemikian bagi menyindir Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dikenakan kompaun RM1000 selepas melanggar prosedur standard operasi (SOP) kuarantin COVID-19.

Beliau turut membanding-bandingkan bentuk hukuman terhadap rakyat yang didenda dengan jumlah lebih tinggi termasuk dipenjara.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.