Penduduk mahu titi lebih selamat

BALING -Sebuah titi yang menghubungkan Kampung Batu 60 dengan jalan utama mengundang risiko keselamatan kepada penduduk.

Mantan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu 60, Rozali Awang berkata, ini kerana titi itu kurang selamat untuk digunakan.

Menurutnya, sudah hampir dua tahun titi berkenaan dibiarkan begitu walaupun ada aduan dibuat.

“Titi ini amat penting untuk penduduk di sini kerana ia merupakan laluan utama.
Sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil pihak yang berwajib walaupun masalah ini sudah diajukan kepada pihak berkenaan.

“Pegawai agensi berkaitan ada datang sini dan melihat sendiri keadaan titi ini dan sehingga kini ia masih dalam keadaan yang sama,” katanya.

Rozali kanan dan Jhangir Khan menunjukkan keadaan titi berkenaan

Menurutnya lagi, tiada sebarang notis amaran di letakkan kepada pengguna yang akan melalui laluan itu.

“Notis amaran kepada pengguna wajar dipasang pihak berwajib bagi mengelakkan kejadian buruk.

“Saya berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin demi keselesaan dan keselamatan masyarakat di sini,”katanya.

Sementara itu Yang Dipertua, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling Kedah, (PERKEBA), Jhangir Khan Hj Kathem Khan, berkata, pihaknya menuntut laluan utama penduduk itu diperbaiki dengan kadar segera.

“Saya sangat berharap supaya tindakkan segera dapat dilakukan demi keselamatan yang mengunakan titi ini,”katanya.

Terdahulu, Jhangir dan Setiausaha Kehomat Perkeba, Mohd Nazry Bidin meninjau keadaan jambatan itu hari ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.